Bas Persiaran Online

Bas Persiaran Online

 

Baspersiaranonline.com ditubuhkan sejak November 2011 oleh syarikat kami  Catcheye Enterprise (AS0346512-T) yang kini dikenali dengan Faatih Services Sdn. Bhd. (1081850 A) dengan kerjasama Aisar Travel & Tours Sdn. Bhd (728574 D) bagi memudahkan anda mendapatkan bas persiaran untuk tujuan penyewaan. Dengan kadar harga yang kompetetif, anda tidak perlu lagi membuat perbandingan dengan syarikat-syarikat lain yang menawarkan perkhidmatan yang serupa. Selain mempunyai kadar harga yang kompetetif, kami turut menekankan kualiti perkhidmatan yang diberikan. Syarikat kami menyediakan bas persiaran yang mempunyai tempat duduk yang selesa dan penyaman udara yang terbaik. Selain itu semua bas kami dilengkapi set karaoke dan set televesyen bagi membolehkan ada mendapat hiburan semasa perjalanan anda. Dengan kelengkapan dan kondisi bas persiaran yang terbaik (bas persiaran baru), kami yakin anda akan berpuas hati dengan mutu perkhidmatan yang kami tawarkan.

Bas persiaran kami beroperasi seluruh semenanjung Malaysia, Singapura dan selatan Thailand dengan harga yang berpatutan. Bas-bas persiaran kami dikendalikan oleh pemandu berpengalaman yang akan dapat membantu anda melicinkan perjalanan anda dan seterusnya dapat menjamin keselamatan perjalanan anda. Dengan pemandu bas yang berpengalaman dan cekap yang kami tawarkan, anda tidak perlu lagi risau tentang keselamatan perjalanan yang akan anda tempuhi dan seterusnya anda dapat menikmati perjalanan yang selesa dan tenteram.

Kepada anda yang menempah bas persiaran kami:

  •  Lebih daripada sebuah bas atau
  • Perjalanan/percutian yang panjang (bermalam lebih daripada 3 malam) atau
  • Telah menjadi pelanggan tetap kami (telah menempah melalui kami lebih daripada 2 kali).

Harga istimewa menanti anda. Hubungi kami (klick disini) segera bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai harga istimewa tempahan bas persiaran.

Selain daripada kemudahan-kemudahan dan kelebihan menyewa bas persiaran seperti yang dinyatakan diatas, jabatan-jabatan kerajaan yang memerlukan bas persiaran boleh berurusan dengan kami kerana kami turut menerima LO.

Bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai perkhidmatan bas persiaran yang kami tawarkan, anda boleh menghubungi En. Wajdi di talian 012-4775677 atau boleh menghantar email kepada kami admin@baspersiaranonline.com atau anda juga boleh mengajukan pertanyaan anda melalui borang pertanyaan yang kami lengkapkan di dalam laman sesawang ini (klick disini untuk terus ke borang pertanyaan).

Kepuasan anda keutamaan kami, kerana kepuasan anda menjadi kayu pengukur mutu perkhidmatan yang kami berikan.