tip mendapatkan syarikat bas persiaran yang terbaik

Posted by on December 28, 2012 in Blog | 27 comments

Memilih syarikat bas persiaran yang terbaik dalam menjalankan sesuatu program atau rombongan kadangkala suatu yang amat merumitkan.Berdasarkanpengalaman kami dan beberapa aduan daripada pelanggan kami, terdapat syarikat bas persiaran yang tidak jujur dengan pelangan dengan menawarkan bas persiaran tidak seperti yang telah dijanjikan dan menawarkan bas persiaran yang mempunyai kondisi keselamatan bas persiaran yang meragukan dan seterusnya mengancam keselamatan penumpang-penumpang yang menjadi pelanggan syarikat berkenaan. Terdapat juga syarikat bas persiaran yang menawarkan kadar sewa bas yang terlalu tinggi dan melebihi daripada harga sewa bas yang sepatutnya. Ini akan merugikan pelanggan yang tidak arif tentang harga sewa bas semasa.

Kami dari baspersiaranonline.com terpanggil untuk berkongsi beberapa tips dan langkah yang perlu dititikberatkan par apelanggan dalam memilih syarikat bas persiaran yang terbaik dalam menjamin keselesaan dan keselamatan rombongan atau percutian selain mendapat harga sewa bas yang terbaik. Perkar apertama yang perlu pelanggan-pelanggan tahu dalam memilih syarikat bas persiaran yang terbaik adalah latar belakan gsyarikat bas persiaranberkenaan. Pastikan syarikat berkenaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, berdaftardengan Kementerian Kewangan, berdaftar dengan Kementerian Perlancongan dan mempunyai bas persiaran mereka sendiri. Masalah seperti mendapat bas persiaran yang tidak seperti dijanjikan dan harga sewa bas yang keterlaluan biasanya timbul akibat pelanggan mendapatkan bas persiaran hanya daripada wakil-wakil (agen) daripada syarikat bas persiaran. Terdapat wakil-wakil (agen) syarikat bas persiaran mewakili lebih daripada sebuah syarikat dalam masa serentak. Ianya berbeza dengan baspersiaranonline.com kerana kami bukanlah wakil kepada syarikat berkenaan tetapi kami bekerjasama secara terus dengan syarikat berkenaan untuk mempromosikan syarikat berkenaan secara maya dan melalui talian.

Perkara kedua yang perlu diambilkira dalam memilih syarikat bas persiaran yang menawarkan kadar sewa bas yang terbaik adalah dengan membuat semakan harga. Mendapatkan bas persiaran secara online sesuatu yang amat mudah untuk dilakukan. Selain itu mendapatkan bas persiaran online juga memudahkan anda untuk membuat perbandingan harga. Anda hanya perlu ke beberapa laman sesawang dan kemudian memaklumkan kepada syarikat berkenaan dari mana anda akan memulakan perjalanan, tempat yang ingin dituju, bilangan bas persiaran yang diperlukan, tarikh perjalanan, bilangan penumpang dan berapa hari percutian atau rombongan itu akan dilansungkan. Cuba minta sebut harga dari syarikat-syarikat bas persiaran berkenaan.Dengan ini, anda tidak lagi perlu menghabiskan masa dan wang ringgit dengan melakukan perbandingan harga seraca tradisional iaitu dengan melawat syarikat bas persiaransatu demi satu.

Perlu diingatkan, harga terbaik tidakmenjanjikan mutu perkhidmatan yang terbaik. Ini kerana terdapat syarikat bas persiaran yang memberikan harga sewa bas yang rendah dengan menawarkan bas persiaran yang mempunyai kondisi bas yang daif yang tidak dapat menjamin keselesaan dan keselamatan penumpang-penumpang. Dengan bas sebegini perjalanan yang jauh akan menyiksakan penumpang yang mengikuti rombongan atau percutian berkenaan selain dapat mengancam keselamatan penumpang-penumpang yang mendapatkan perkhidmatan daripada syarikat berkenaan. Namun demikian kami dari baspersiaranonline.com akan memberikan harga bas sewa yang terbaik selain memastikan mutu perkhidmatan bas persiaran yang terbaik. Anda boleh datang dan lihat sendiri bas persiaran yang kami miliki dan kondisi bas persiaran kami. Bas persiaran kami bukan sahaja baru, malah telah lulus pemeriksaan daripada jabatan PUSPAKOM dan Jabatan PengangkutanJalan (JPJ).Kami yakin anda pasti berpuas hati dengan mutu perkhidmatan yang kami tawarkan.

Selain daripada dua tips atau langkah seperti yang saya telah nyatakan sebentar tadi, seperkara lagi yang anda perlu tekankan dalam memilih syarikat bas persiaran yang terbaik adalah dengan mengetahui atau mendapatkan testimonial pelanggan yang telah mendapatkan perkhidmatan daripada syarikat tersebut. Ini dapat diperolehi daripada rakan-rakan atau sebagainya. Bagi anda yang ingin mendapatkan bas persiaran secara online, anda boleh melihat ruangan testimonial yang disediakan di dalam laman sesawang syarikat berkenaan, memperolehi komen daripada blog-blog atau forum yang membincangkan mengenai bas persiaran di Malaysia atau perlancongan di Malaysia dan boleh melihat video atau gambar-gambar yang disediakan di dalam laman sesawang syarikat bas persiaran berkenaan. Anda boleh menilai dengan melihat reaksi gambar-gambar berkenaan. Pelanggan yang tidak berpuas hati dengan mutu perkhidmatan syarikat bas persiaran berkenaan biasanya tidak mahu berkongsi gambar dengan syarikat bas persiaranberkenaan.

Mendapatkan bas persiaran yang mempunyai kadar sewa bas yang berpatutan selain mutu perkhidmatan yang terbaik agak rumit dan memakan masa namun ianya amat berbaloi dengan wang yang akan dibelanjakan dan keselamatan perjalanan anda yang anda akan pertaruhkan. Namun demikian dengan mendapatkan perkhidmatan melalui baspersiaranonline.com masalah anda akan dapat diselesaikan kerana kami akan memberikan yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan kami. Ini kerana kami mahukan anda akan terus menjadi pelanggan kami di masa hadapan dan menyebarkan mutu perkhidmatan yang kami tawarkan kepada rakan-rakan dan kenalan anda yang mahukan perkhidmatan bas persiaran yang terbaik di masa hadapan.

27 Comments

  1. Ada tak pakej pelancongan untuk sewa van atau bas persiaran sebanyak 15 penumpang berserta pemandu dari Alor Setar kedah ke Kuala Lumput. Pada 17/11/2013 hingga 20/11/2013. Cadangan bermalam di Terngganu dan Pahang.

    • Kalau cuma 15, cik boleh join group lain. Nanti saya akan inform dalam email cik. Sebab kalau cuma 15 orang, harga pakej akan jadi agak mahal sedikit. Kalau join group lain, Insyallah, encik akan dapat harga packaje yang lebih baik di samping keselesaan yang akan kami cuba pastikan. Biasanya untuk mendapatkan pakej yang murah, setiap kumpulan rombongan mesti tidak murang 25 orang (ketua group akan dapat tempat PERCUMA).

  2. assalam. interested nk tahu, kalau kita nk charter 1 bas utk ke Langkawi 3d2n atau 4d2n punya trip, berapa kos ya. kami dr Ijok, Kuala Selangor.tqvm

    • Kalau sewaan dari selangor ke kuala perlis ialah Rm1600 sehala. bergantung kepada tarikh perjalanan. Ini bermakna harga untuk sewa pergi dan balik adalah sekitar RM3200 tidak termasuk langkawi city tour. Untuk penggunaan di Langkawi pula, ianya bergantung kepada perjalanan yang bakal saudari jalankan.

  3. Ada tak pakej menyewa bas persiaran mini?klau x de , kami ade lbih krang 25, termasuk cikgu..bas ape yg sesuai utk kami sbb kami x nk rugi..

    • buat masa sekarang kami hanya menyediakan bas 40, 44 dan bas vip dan tidak mempunyai bas mini. Jika 25 oarang penumpang, puan boleh menggunakan bas 40 tempat duduk kerana bas 40 tempat duduk lebih selesa berbanding 44 tempat duduk disebabkan jarak diantara tempat duduk dan ianya juga lebih murah berbanding bas vip

  4. berapa harga sewa bas untuk ke KL dan Bukit Tinggi,pahang … 2 hari 1 malam ..bertolak dari Baling,kedah. 12-13 nov 2013

    • terima kasih atas pertanyaan tuanm saya telah berikan maklum balas berhubung pertanyaan tuan melalui alamat email tuan

    • saya telah memberikan maklum balas mengenai pertanyaan tuan terus ke alamat email yang tuan tinggalkan. terima kasih atas pertanyaan

  5. Saya ingin mendapatkan harga sewa bas persiaran dari Klang ke Kulim untuk 4 hari 3 malam (12 Dis -15 Dis 2013)

    • Boleh terus hubungi saya di talian 0134040783 untuk berbincang dengan lebih terperinci.

  6. Salam..
    berape ye harga dari Nilai Negeri Sembilan untuk ke Kelantan? Then syarikat tuan ada perkhidmatan catar bas x? 🙂

    • Waalaikumsalam…
      syarikat kami menawaran bas catar jika tuan memerlukan bas catar.
      berapa buah bas yang akan digunakan?
      kelantan tu di mana yer?
      hubungi saya untuk berbincang lebih lanjut di talian 0134040783 @ tuan juga boleh email kepada kami, sales@baspersiaranonline.com

  7. berapa harga sewa bas ke kuala lumpur dari banting,selangor?

    • berapa buah bas yang diperlukan?
      berapa hari bas akan digunakan?
      bila tarikh perjalanan?
      boleh email kepada saya detail perjalanan @ hubungi saya di talian 0134040783 untuk berbincang lebih terperinci untuk mendapatkan harga sewa bas yang bersesuai dengan bajet saudari

  8. Salam sy nak tny sewa bus dr alor star ke kelantan. Perjalanan 2 hari

    • Tarikh perjalanan?
      untuk berbincang dengan lebih khusus, boleh terus hubungi 0134040783.

  9. salam..saya nak tanya berpa harga selangor ke perak..untuk 2 trippergi dan balik : )

    • Waalaikumsalam.. maklumat yang cik sarah berikan terlalu general.. ini kerana selangor dan perak adalah kawasan yang luas. Harga sewaan sehala (transfer pergi @ balik) memerlukan kami mengetahui tarikh perjalanan, tempat memulakan perjalanan dan tempat yang ingin di tuju. Sebagai contoh harga dari tanjung malim ke putrajaya sudah pasti berbeza jika dibandingkan dengan harga dari seberang perak ke putrajaya.

  10. salam..brapa harga sewa bus dari muadzam ke putraya?untuk 2 hari dari 17-18dis?

    • Boleh berikan kepada kami detail perjalanan?
      Jika informasi perjalanan terlalu general, harga yang diberikan mungkin tidak tepat

  11. Brpa ye sewa dri alor setar ke kedah untuk.sebiji bas penuh sekli ngn driver..dalam 3 hari 2 mlm

    • Kalau penyewaan bas di sekitar kedah untuk sehari adalah antara Rm700-Rm800 bergantung kepada jarak perjalanan, masa memulakan perjalanan dan masa berakhirnya perjalanan

  12. Salam..interest sgt nk tahu..kalu perjalana 3hr2mlm ke kelamwtan brape ye?

    • Waalaikumsalam..

      Maaf, maklumat yang diberikan pihak cik kurang jelas. Pihak kami tidak dapat memberikan sebut harga seperti yang diminta. Ini kerana, mungkin akan berlaku tersalah berikan sebut harga (contohnya: “over price”) atau sebagainya jika tersalah berikan sebut harga.

      masukkan maklumat pertanyaan http://www.baspersiaranonline.com/hubungi-kami supaya maklumat akan lebih jelas.

      Terima kasih

  13. As salam… Saya bercadang sewa bas persiaran 40 seater dari Bandar Baru Bangi ke Alor Star dua hala sehari semalam. berapakah kosnya? tk

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *