Pakej Hari Keluarga 2Hari 1Malam DI TERENGGANU – KELANTAN

Posted by on December 30, 2012 in Pakej Pelancongan Terkini | 4 comments

HARI 1 : ALOR SETAR – TERENGGANU 10.00 malam bertolak dari Alor Setar ke Kuala Terengganu menaiki bas persiaran yang kami sediakan. Bas persiaran yang baru dan selesa akan pasti dapat memberikan keselesaan perjalanan anda dan menjamin perjalanan anda.  Bermalam di dialam bas persiaran yang kami sediakan. Makanan ringan seperti gula-gula dan asam disediakan.     HARI 2 : TERENGGANU – KELANTAN ( MAKAN MALAM ) Bas persiaran yang dinaiki akan tiba di masjid terapung Kuala Terengganu, mandi dan solat subuh. 7.30 pagi sarapan pagi di kawasan sekitarnya. 9.00 pagi terus ke Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam. Selepas itu membeli-belah di Pasar Payang, makan tengahari dan solat di masjid berdekatan. Pergi ke Nor Arfa Batik dan membeli keropok lekor di Bukit Tok Bag . Singgah makan makanan laut di Pantai Rhu 10. Bertolak ke Kota Bahru dan check in di PCB Resort. Makan malam disediakan pada pukul 7.30 malam. 9.30 malam, bertolak ke Wakaf Che Yeh. Bermalam di Kota Bahru. HARI 2 : KELANTAN – ALOR SETAR ( SARAPAN PAGI / MAKAN TENGAHARI  )   7.30 pagi sarapan pagi di resort, selepas itu terus ke tepi pantai untuk acara sukaneka bersama-sama dengan keluarga. Aturcara untuk sukaneka tersebut telah diaturkan oleh pihak resort yang sesuai untuk seisi keluarga.  12.00 tengahari terus check out resort dan makan tengahari di resort. Bertolak untuk membeli-belah di Pasar Siti Khatijah dan kawasan sekitarnya. Singgah ke rumah dodol dan Masjid Beijing untuk solat Asar. Bertolak balik ke Alor Setar, singgah di Rantau Panjang dan Bukit Bunga untuk membeli-belah terakhir. Bas persiaran yang baru dan selesa akan membuatkan perjalanan jauh anda tidak terasa penatnya. Harga Pakej Termasuk :

  • Pengangkutan bas persiaran pergi – balik dan semasa lawatan
  • Penginapan 2 hari 1 malam di resort tepi laut
  • Makan 1x sarapan pagi, 1x makan tengahari, 1x makan malam ( Buffet )
  • Sukaneka (5 game)
Harga Pakej Tidak Termasuk :

  • Perbelanjaan peribadi
  •  Tiket masuk ke tempat berbayar
  • Lain-lain yang tidak disebutkan di atas

*** Harga adalah tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis ***

4 Comments

  1. hi

    • Terima kasih kerana mengunjungi laman sesawang khas perkhidmatan yang tawarkan.

  2. ada no hp untuk dihubungi? untuk pakej diri alor setar ke terengganu/kelantan

    • tuan boleh terus hubungi saya 0134040783 (wajdi) untuk berbincang lebih lanjut. Suka untuk saya maklumkan harga pakej yang ditunjukkan di laman sesawang kami adalah berdasarkan pakej yang telah kami jalankan. Harga pakej berubah mengikut keperluan pelanggan, permintaan pelangan dan tarikh perjalanan. Ini kerana harga untuk sewaan hotel dan bayaran seperti tiket, sewaan bot dan sebagainya adalah berdasarkan kadar semasa.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>