BasPersiaranOnline.com ditubuhkan pada 16 july 2012 oleh Faatih Services Sdn Bhd (kini diambil alih oleh Tera Servis Plt) untuk menawarkan perkhidmatan pengangkutan darat (sewaan lori dan bas persiaran) di seluruh semenanjung Malaysia. Kini setelah lebih 9 tahun menawarkan perkhidmatan sewa bas persiaran kami secara online, sambutan yang diberikan oleh pengunjung-pengunjung laman sesawang baspersiaranonline.com amat mengalakkan. Kami amat terharu apabila terdapat pelanggan-pelanggan kami yang telah menjadi pelanggan tetap baspersiaranonline.com setelah mereka mendapatkan perkhidmatan yang kami tawarkan berulang kali. Kami dari Baspersiaranonline.com mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh pihak Tuan/Puan/Datuk/Datin. Kami berjanji akan  terus berusaha  untuk meningkatkan mutu perkhidmatan sewa bas persiaran dan pakej perlancongan yang kami tawarkan dari masa ke semasa.

Kami dan rakan-rakan yang bersama-sama menjayakan misi dan visi baspersiaranonline.com akan terus berusaha lebih gigih untuk memberikan perkhidmatan sewa bas persiaran yang terbaik kepada setiap pelanggan yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan sewaan bas persiaran yang kami tawarkan. Kepuasan keatas setiap saat anda berurusan dengan kami dan siap sen yang anda laburkan kepada kami akan kami akan kami pastikan ianya berbaloi.

Kepada setiap pengunjung yang melayari laman sesawang kami ini, jangan lupa untuk berdaftar dengan laman sesawang baspersiaranonline.com bagi membolehkan kami memaklumkan kepada anda mengenai tawaran pakej perlancongan terkini selain tawaran-tawaran istimewa yang akan kami kemaskini. Tiada syarat tertentu yang ditetapkan dan tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pengunjung yang berdaftar. Daftar segera dengan Baspersiaranonline.com dan jangan sia-siakan peluang keemasan mendapat tawaran-tawaran istimewa yang bakal kami tawarkan kepada ada yang berdaftar.

Bagi anda yang pertama kali mengunjungi laman sesawang Baspersiaranonline.com, kami amat berterima kasih kerana berminat untuk mendapatkan perkhidmatan sewa bas persiaran yang kami tawarkan. Kami bersedia memberikan perkhidmatan sewa bas persiaran yang terbaik kepada setiap pelanggan yang mengunjungi laman sesawang Baspersiaranonline.com. Keselesaan, kepuasan dan keselamatan anda akan kami utamakan.

Selepas mendengar beberapa komen atau kerisauan yang dilontarkan oleh pelanggan-pelanggan Baspersiaranonline.com dalam memilih syarikat bas persiaran terbaik, beberapa garis panduan atau tips yang ingin kami kongsikan yang perlu anda tahu bagi membolehkan anda mendapatkan perkhidmatan sewa bas persiaran yang terbaik dalam pasaran.

  1. Semak latar belakang syarikat bas persiaran berkenaan. Perkara pertama yang perlu diutamakan pelanggan adalah mengetahui latar belakang syarikat bas yang menawarkan perkhidmatan sewaan bas persiaran tersebut. Pastikan syarikat berkenaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan.
  2. Pastikan setiap bayaran deposit dan baki bayaran sewaan bas adalah melalui pindahan bayaran ke nombor akaun syarikat. Disebabkan syarikat bas adalah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Kementerian Kewangan, adalah lebih selamat jika pembayaran dibuat terus ke akaun syarikat. Ini kerana pelanggan lebih mudah untuk mengambil tindakan undang-undang kepada syarikat berbanding orang perseorangan.
  3. Melakukan semakan harga pasaran perkhidmatan bas persiaran. Melakukan semakan harga perkhidmatan bas persiaran secara online amat mudah. Namun anda perlu meletakkan sedikit keraguan jika harga sewaan yang terlalu murah. Ini kerana, setiap syarikat sewaan bas mempunyai kos operasi, kos seliaan bas, diesel, tol dan bayaran gaji pemandu yang lebih kurang sama. Ini bermakna, jika ada syarikat yang menawarkan harga bezanya melebihi RM100. Anda perlu berhati-hati dengan syarikat tersebut. Kebiasaanya, syarikat yang meletakkan harga terlalu rendah mempunyai bas yang kondisi bas yang amat kurang memuaskan (dalam kata lain, bas yang usianya melebihi 10 tahun kerana syarikat yang memiliki bas yang berumur lebih 10 tahun biasanya bas tersebut sudah habis komitment bayaran bulanan dengan pihak bank). Untuk pengetahuan bayaran bulanan 1 buah bas dengan pihak bank antara RM6 000 hingga RM9 000. Ini tidak termasuk kos insurance bas (RM14 000- RM17 000/setahun), kos perasi, kos baik pulih dan lain-lain kos. Logiknya, jika bas syarikat tersebut merupakan bas yang baru, harga perkhidmatan sewaan bas tersebut seharusnya tidak jauh berbeza dengan syarikat-syarikat lain.
  4. Harga sewa bas persiaran yang termurah tidak menjanjikan mutu perkhidmatan yang terbaik. Ini kerana terdapat syarikat bas persiaran yang memberikan harga sewa bas yang rendah dengan menawarkan bas persiaran yang mempunyai kondisi bas yang daif yang tidak dapat menjamin keselesaan dan keselamatan penumpang-penumpang. Keselamatan dan keselesaan perjalanan adalah lebih penting berbanding perbezaan harga sewa bas persiaran yang hanya beberapa ratus sahaja. Terdapat juga syarikat-syarikat bas yang terpaksa menawarkan harga sewaan bas yang murah berbanding pasaran disebabkan syarikat mereka dalam masalah kewangan, dalam proses memperbaiki kredibiliti syarikat (contoh: masalah disiplin pemandu yang mencemarkan imej syarikat, atau masalah kredit dengan syarikat-syarikat bas lain sehinggakan syarikat bas lain tidak mahu bekerjasama dengan syarikat tersebut) atau bas tersebut baru keluar dari bengkel (selepas bas tersebut tersadai di bengkel dalam keadaan yang lama, ini bermakna anda menjadi tempat uji kaji untuk mengetahui keupayaan bas tersebut).

Kepada anda yang kurang arif atau kurang jelas mengenai tips dan garis panduan yang kami kongsikan, anda boleh terus hubungi kami di baspersiaranonline.com melalui email atau boleh terus hubungi kami di talian 0124775677 untuk bertanya lebih lanjut. Kami bersedia memberikan nasihat berpandukan pengalaman dan kepakaran kami lebih 9 tahun dalam membekalkan perkhidmatan sewaan bas persiaran di seluruh semenanjung Malaysia.